HANDS ON PERTOLONGAN CEMAS ATAU CARDIOPULMONARY RESUSCITATION (CPR) DAN PEMERIKSAAN GIGI DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SENTOSA KUALA LUMPUR

Pusat Kesihatan Universiti telah dijemput untuk memberikan taklimat pertolongan cemas atau CPR kepada pelajar sekolah SMK Seri Sentosa KL pada 20 September 2023 sempena program Karnival Sentosa,Sihat dan Selamat anjuran pihak sekolah dan beberapa agensi lain.
Taklimat dan hands on pertolongan cemas telah diberikan oleh beberapa Pegawai Perubatan dan kakitangan PKU, manakala pemeriksaan gigi dilakukan oleh Pegawai Pergigian PKU.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas sambutan yang luar biasa ditunjukkan oleh para pelajar sekolah terhadap sesi taklimat dan hands on CPR dan pemeriksaan gigi ini.
Semoga adik-adik pelajar kekal sentosa, sihat dan selamat di mana jua anda berada☺️