KEMPEN KESEDARAN CPR 2023 DIKALANGAN PELAJAR KAMPUS BANGI

28 OKTOBER 2023 telah berlangsung kempen kesedaran CPR dan penggunaan mesin AED kepada 70 orang pelajar anjuran Jabatan Anestesiologi & Rawatan Intensif HCTM dengan kerjasama PKU UKM.
Pihak penganjur mengambil inisiatif untuk melaksanakan program ini kepada kalangan pelajar UKM bagi meningkatkan kesedaran mengenai bantuan CPR dan cara penggunaan mesin AED bagi pengurusan perawatan awal kecemasan jantung terhenti.
Program ini juga bagi mewujudkan rasa tanggungjawab di kalangan pelajar untuk membantu atau merawat dan membina imej generasi belia yang prihatin dan sikap suka bantu-membantu dalam menghadapi perawatan kecemasan demi menjamin kesejahteraan masyarakat.
Program telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr Mohd Suzeren b Md Jamil, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UKM. Turut hadir adalah Prof. Dr Abdul Halim b Abd Gafor, Dekan Fakulti Perubatan selaku tetamu jemputan.Penasihat utama program adalah Profesor Madya Dr Azarinah Izham, Ketua Jabatan Anestesiologi dan Dr Masdalina Azhari,Pengarah PKU.
Pihak PKU ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dan para pelajar yang begitu komited menjayakan kempen kesedaran CPR ini.
Diharapkan kerjasama dan penganjuran program pendidikan kesihatan ini akan berterusan pada masa-masa akan datang ☺️