PEMERIKSAAN KESIHATAN KEPADA MANGSA BANJIR DI KAMPUNG BANGI, PEKAN BANGI

7 NOVEMBER 2023 🩺
Pada hari ini Pusat Kesihatan Universiti telah mengadakan pemeriksaan kesihatan dari rumah ke rumah kepada beberapa orang mangsa banjir di Kampung Bangi,Pekan Bangi sempena misi bantuan pasca banjir yang dianjurkan bersama Pusat Hal-ehwal Pelajar.
Inisiatif lawatan ke rumah dilakukan kerana para mangsa terjejas banjir sudah pulang ke rumah masing-masing bagi membersihkan rumah. Selain melakukan pemeriksaan kesihatan fizikal seperti pemeriksaan tekanan darah dan gula darah, pemeriksaan kulit dan pemeriksaan gejala daripada pesakit kanak-kanak, pihak PKU turut memberi sokongan bantuan psikologi kepada mereka.
Sumbangan barangan pembersihan juga disediakan kepada warga dan pelajar yang terjejas oleh HEP-UKM. Semoga inisiatif ini dapat meringankan beban mereka.