KURSUS PENGURUSAN DIABETES DI BULAN RAMADHAN
Unit NCD PKU menganjurkan Kursus Pengurusan Diabetes di Bulan Ramadhan selama 2 hari iaitu pada 14-15 Feb 2024.
Peserta kursus terdiri daripada kakitangan warga UKM dengan pelbagai topik menarik telah diberikan oleh Pegawai Perubatan, Pegawai Farmasi, Pegawai Dietetik dan Diabetic Educator.
Booth pameran kesihatan mengenai diabetes turut diadakan di ruang legar PKU sehingga 15 Feb.
Pihak PKU berharap kursus ini dapat memberikan manfaat dan info berguna untuk diaplikasikan oleh pesakit diabetes sepanjang bulan puasa yang bakal tiba nanti.