PKU FITNESS @UKM

Salah satu gaya hidup sihat adalah aktiviti fizikal/ senaman. Oleh itu, pihak Pengurusan PKU telah mengubah satu ruangan menjadi ruang gim yang boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh semua staf PKU.
PKU telah memberikan pelepasan 1 jam seminggu (jam 4.00 hingga 5.00 petang) kepada semua staf mengikut kumpulan bagi menjalani aktiviti fizikal ini tanpa mengganggu perkhidmatan klinik.
Semoga semua staf PKU dapat memanfaatkan kemudahan ini dengan sebaik-baiknya.