CERAMAH KESIHATAN SEMPENA PROGRAM HEP-UKM SIHAT 2024

Dr Kamal Azura, Pegawai Perubatan PKU telah dijemput untuk menyampaikan ceramah kesihatan kepada kakitangan Pusat Hal-Ehwal Pelajar (HEP-UKM) sempena program HEP-UKM Sihat pada 21 Mei 2024 bertempat di Aras 6 Pusanika.
Objektif program ini adalah untuk memastikan kakitangan HEP-UKM mengamalkan gaya hidup sihat dan meningkatkan motivasi diantara kakitangan dalam sesebuah organisasi.
Tajuk ceramah yang disampaikan adalah mengenai penyakit Diabetes. Semoga semua staf HEP-UKM mendapat manfaat daripada ceramah yang telah diberikan.