AKTIVITI AEDES BUSTER OLEH BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM (BSMM CUKM)
Pelajar BSMM di beberapa kolej kediaman telah menjalankan aktiviti Aedes Buster pada bulan April dan Mei 2024 seperti di Kolej Dato’ Onn, Kolej Rahim Kajai dan Kolej Pendeta Zaaba. Aktiviti ini diselia oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran PKU.
Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk memastikan persekitaran kolej sentiasa bersih dan tiada air yang bertakung. Oleh itu, persekitaran kolej dapat dijaga dan dapat mengurangkan pembiakan nyamuk yang boleh memberi ancaman nyawa.
Antara aktiviti yang dilakukan adalah:
1. Memeriksa kawasan persekitaran kolej yang bertakung.
2. Meletakkan ubat abate di tempat simpanan atau takungan air.
3. Membersihkan kawasan yang mempunyai sampah sarap yang boleh menyebabkan takungan air di sampah tersebut.
Terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar BSMM CUKM yang secara sukarela mengambil bahagian di dalam aktiviti bermanfaat seperti ini. Semoga dapat diteruskan pada masa akan datang.