KURSUS PENGURUSAN FAIL DAN REKOD PERINGKAT PKU

Pada 6 Jun 2024 telah berlangsung Kursus Pengurusan Fail & Rekod Peringkat PKU di Bilik Mesyuarat PKU. Pengisian kursus diberikan oleh Encik Muhammad Amirul b Abd Razak, Penolong Pendaftar dari Bahagian Perkhidmatan & Kemudahan Jabatan Pendaftar. Turut membantu adalah Puan Husna dan Encik Hafiz.
Sebahagian staf PKU menghadiri kursus ini. Semoga prosedur pengurusan fail dan rekod serta pelupusan di PKU dapat ditambahbaik pada masa akan datang.