PERSEDIAAN BANTUAN PERUBATAN SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN UKM KE-52

Pada setiap kali konvokesyen, PKU dan pelajar BSMM akan bertugas di semua sidang bagi memberi perkhidmatan perubatan untuk kes-kes kecemasan.
Pada konvo tahun ini yang akan bermula pada 23 Nov hingga 1 Disember 2024, persediaan bantuan perubatan telah diberikan oleh staf PKU yang diketuai oleh Pegawai Perubatan PKU merangkap AJK BSMM iaitu Dr Mohd Najid, dibantu oleh Jururawat Fatehah, Pen. Peg. Kesihatan & Persekitaran Mohd Fitri dan Pen. Pegawai Perubatan Megat Faiz Aizat.
Persediaan dimulai dengan sesi pembelajaran teori melalui online dan sesi praktikal yang dilakukan di lokasi konvo iaitu DECTAR.
Semoga semua petugas dapat menjalankan tugasan dengan baik sepanjang sidang konvo, InsyaAllah.