RERUAI PAMERAN PKU SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN PTSL
Unit Fisioterapi PKU telah mengambil bahagian membuka reruai pameran dan melakukan penilaian tahap kecergasan jantung dan otot kaki pada program anjuran PTSL ini pada 24 Oktober 2024, sempena Bulan Kesihatan Sendi & Tulang. Pengunjung berpeluang melakukan aktiviti Squat Test dan Step Up Test.
Unit Farmasi PKU turut menyertai Fakulti Farmasi UKM membuka reruai Kenali Ubat Anda. Pelbagai aktiviti menarik disediakan.
Pihak PKU ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak PTSL atas jemputan serta semua yang terlibat.