Pusat Kesihatan Universiti

 Universiti Kebangsaan Malaysia

JARINGAN ANTARABANGSA : PENGLIBATAN DALAM GLOBAL CONGRESS OF MUSLIM MENTAL HEALTH AND FAMILY WELLBEING

 

 

 

Pusat kesihatan Universiti (PKU UKM) bergerak cemerlang dengan menjadi penganjur bersama program antarabangsa yang membincangkan isu -su kesihatan mental dalam komuniti muslim masa kini. Kongress ini dianggotai oleh pelbagai pakar perubatan , ahli akademik serta penyelidik dari pelbagai institusi dan NGO dari dalam dan luar negara seperti Michigan State University USA, Umm-Al Qura University KSA, University of Punjab Pakistan ,  Shiraz Universitiy of Medical Sciences  Iran , Hayaa’ Network Singapore, serta Professional Islamic Support and Nurture Group UK.

Antara topik penting yang dibincangkan adalah isu Kesihatan Mental di kalangan remaja muslim serta institusi kekeluargaan, Strategi Psychologists Muslim dalam menangani kes kesihatan mental, serta Penderaan emosi dalam institusi keluarga .

Diharapkan program berimpak ini dapat diteruskan agar kerjasama dan jaringan antarabangsa dalam menangani isu kesihatan mental ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

 

Translate »