2nd Malaysian Universities National Health Convention (MUNCH) 2023

Pusat Kesihatan Universiti UKM telah diberi kepercayaan oleh Majlis Kesihatan Universiti Awam (MAKESUM) menjadi sekretariat penganjuran 2nd Malaysian Universities National Health Convention (MUNCH) 2023 yang diadakan di Hotel Everly Putrajaya pada 23-24 Ogos 2023 dengan tema “A Paradigm Shift Towards Preventive Healthcare: Revolutionizing How We Approach Health”.
Konvensyen ini dirasmikan oleh Profesor Ir. Ts Dr Al-Khalid b Hj Othman, TNC HEP UNIMAS merangkap Pengerusi MAKESUM, manakala keynote speech diberikan oleh YBhg. Dr Mohd Safiee b Ismail, Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Seramai 120 orang peserta dari 20 universiti awam menyertai konvensyen ini. Pelbagai topik menarik diberikan oleh pakar dari pelbagai latar belakang.
PKU UKM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.