BENGKEL PELAN STRATEGIK DAN MESYUARAT MAJLIS KESIHATAN UNIVERSITI AWAM MALAYSIA (MAKESUM) Bil 2/2024

Satu perjumpaan bagi bengkel pemurnian pelan strategik dan mesyuarat ahli-ahli MAKESUM telah dilaksanakan pada 13-14 Mei 2024 bertempat di Hotel Holiday Inn Sepang. Turut hadir adalah Prof. Ir. Ts. Dr Al-Khalid b Hj Othman selaku Pengerusi MAKESUM dan Prof. Dato’ Dr Adnan b Mohammed Yusoff selaku Timbalan Pengerusi MAKESUM ke mesyuarat ini.
Satu sesi kunjungan delegasi MAKESUM ke Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi turut berjaya dilaksanakan pada 14 Mei 2024. Semoga pelbagai perancangan yang telah diusulkan akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.