BENGKEL PELAN STRATEGIK MAJLIS KESIHATAN UNIVERSITI AWAM MALAYSIA (MAKESUM)
PKU UKM merupakan ahli Majlis Kesihatan Universiti Awam Malaysia (MAKESUM) bersama 19 universiti awam lain. Satu bengkel pelan strategik telah diadakan pada 13-15 September 2023 di Hotel Pullman, Kuching Sarawak. Pelbagai input pelan strategik telah dibincangkan dan dibentangkan demi untuk meningkatkan penyampaian dan perkhidmatan kesihatan di semua PKU universiti awam.
#sayasayangukm
#demipkuukm