Cuaca Panas : Nasihat Kesihatan Kepada Warga Kampus

summer-heat-300x225

1. Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh terjadi daripada tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.

2. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walaubagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko, iaitu :

  • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar.
  • Orang dewasa (berumur 40 tahun dan ke atas) mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda.
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
  • Penghidap penyakit sistem pernafasan.
  • Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

3. Berikut adalah gejala-gejala yang sering terjadi semada cuaca panas melampau :

  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Lemah Tumpuan
  • Pening
  • Lemah otot-otot atau kekejangan
  • Mual dan muntah

4. Cara mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau :

  • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh
  • Seboleh-bolehnya berada di dalam bangunan/rumah
  • Hadkan aktiviti luar
  • Kerap berehat
  • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar
  • Pakai topi atau payung yang besar

5. Elakkan :

  • Minum minuman yang mengandungi kafien,alkohol atau kandungan gula yang tinggi
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup
  • Bersenam dalam cuaca panas

6. Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah :

  • Keluar dari kawasan yang panas
  • Tanggalkan pakaian yang ketat
  • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
  • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
  • Minum air setiap 15 minit
  • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal.

 

Maklumat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia