JEMPUTAN KE KARNIVAL KESIHATAN PERINGKAT UKM 2023

 

Sukacita dimaklumkan Pusat Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Karnival Kesihatan UKM 2023 bersempena Hari Kesihatan Sedunia dengan tema tahun ini iaitu Kesihatan Untuk Semua.

Objektif karnival ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan secara tidak langsung memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga UKM.

Sehubungan itu, kami berbesar hati menjemput YBhg. Prof. Ulung/ Prof. / Tan Sri / Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan untuk menyertai program ini seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 2/6/2023 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi – 12.30 tengahari
Tempat : Aras 5 & 6 Pusanika, UKM

Pelbagai program atau aktiviti telah dirancang untuk mencapai objektif karnival ini. Antaranya ialah ;

– Senamrobik & chairobic
– Saringan Kesihatan
– Pameran Kesihatan
– Demonstrasi Kesihatan
– Forum “Generasi Bebas Rokok & Vape”
– Kuiz kesihatan & board game
– Cabutan bertuah
– Photobooth

Penyertaan adalah percuma. Semua warga UKM dijemput hadir untuk memeriahkan karnival ini. Jumpa anda di sana!