KARNIVAL KESIHATAN SEMPENA HARI KESIHATAN SEDUNIA 02 JUN 2023

 

Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj Toriman meluangkan masa melawat 15 reruai kesihatan di Karnival Kesihatan Sempena Hari Kesihatan Sedunia yang dianjurkan oleh Pusat Kesihatan Universiti bertempat di Pusanika.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan, antaranya demosntrasi masakan sihat, saringan kesihatan dan pemeriksaan mata, forum kesihatan, cabatan bertuah serta pameran pergigian.
Karnival yang diadakan dengan tema Kesihatan Untuk Semua itu diadakan dengan kerjasama strategik daripada pelbagai agensi termasuk Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Perubatan serta beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO).
Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan mengucapkan terima kasih kepada semua khasnya Pusat Kesihatan atas kejayaan program ini. Advokasi kesihatan yang berterusan perlu diberikan bagi manfaat warga dalam dan luar UKM.
Inisiatif Pusat Kesihatan ini diharapkan dapat memupuk kesedaran warga UKM untuk mengekalkan gaya hidup sihat dan mengambil berat tentang komplikasi yang bakal dialami jika gaya hidup yang diamalkan tidak sihat dan memudaratkan diri.
Turut hadir Pengarah Pusat Kesihatan Dr Masdalina binti Azhari, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat, Prof. Madya Dr. Shazli Ezzat Ghazali dan serta Timbalan Pengarah Kepimpinan Pusat Hal Ehwal Pelajar, Ts. Dr. Ahmad Firdhaus Arham.