KHIDMAT MASYARAKAT JOHOL,NEGERI SEMBILAN 8 JULAI 2023
Pusat Kesihatan Universiti menerima jemputan Yayasan Undang Johol untuk turut serta dalam program Khidmat Masyarakat yang diadakan pada hari ini di Dewan Orang Ramai Kampung Renggoh Johol, Negeri Sembilan.
Pegawai Perubatan dan kakitangan PKU mengadakan saringan tekanan darah, pemeriksaan gula darah dan pemeriksaan berat badan serta konsultasi kesihatan kepada orang ramai yang berkunjung.Sambutan penduduk setempat terhadap pemeriksaan kesihatan ini amat menggalakkan.
Y.T.M Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Dato’ Muhammad bin Hj. Abdullah, Undang Luak Johol turut mengunjungi tapak PKU seterusnya melakukan pemeriksaan kesihatan.
Pihak PKU ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Yayasan Undang Johol atas peluang dan kerjasama yang diberikan ini.