KOLABORASI BERSAMA YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA SIRI 1

Pusat Kesihatan Universiti telah melakukan saringan kesihatan kepada penduduk Perumahan Pantai Permai, Pantai Dalam, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Jun 2024. Program ini adalah inisiatif bersama Yayasan Food Bank Malaysia untuk memeriksa kesihatan para penerima sumbangan dan penduduk.
Ceramah kesihatan juga telah disampaikan oleh Pegawai Perubatan PKU, Dr Muhammad Saiful b Jamial.
Semoga program begini dapat diteruskan kepada komuniti-komuniti lain. Marilah kita sama-sama cakna akan kesihatan diri dan keluarga tersayang.