KOLABORASI BERSAMA YAYASAN FOOD BANK MALAYSIA SIRI 2

Pusat Kesihatan Universiti telah melakukan saringan kesihatan kepada penduduk di Flat Wangsa Maju Kuala Lumpur pada 13 Julai 2024. Program ini adalah inisiatif bersama Yayasan Food Bank Malaysia untuk memeriksa kesihatan para penerima sumbangan dan penduduk. Program hari ini merupakan khidmat masyarakat kedua yang dihadiri oleh kakitangan PKU anjuran Yayasan Food Bank.
Setinggi ucapan terima kasih kepada pihak Yayasan Food Bank kerana sudi berkolaborasi dan menyediakan peluang kepada staf PKU menimba pengalaman baharu.
Semoga program begini dapat diteruskan kepada komuniti-komuniti lain pada masa akan datang.