KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT KESIHATAN DAERAH HULU LANGAT

6 Jun 2023 (Selasa)

Dr. Masdalina Azhari dan Dr. Arif Nasar Sulaiman selaku Pengarah dan Timbalan Pengarah PKU telah melakukan kunjungan hormat ke Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat pada 6 Jun, jam 9.00 pagi. Tujuan lawatan ini adalah sebagai perkenalan kepada pengurusan PKU baharu dengan para pentadbir PKD HL. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pegawai Kesihatan Daerah, Dr Zailiza kerana sudi menerima kedatangan PKU. Pelbagai topik perbincangan antaranya berkenaan kerjasama program promosi dan saringan kesihatan, kerjasama advokasi dan pendidikan kesihatan seksual kepada mahasiswa, pendedahan latihan penguatkuasaan kepada Inspektor Kesihatan PKU dan beberapa perkara lain. PKU berharap jalinan kerjasama ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan dan perubatan kepada warga UKM dan masyarakat setempat.