KURSUS PSYCHOLOGICAL FIRST AID (PFA)

PKU telah berjaya mengadakan Kursus PFA atau disebut sebagai Pertolongan Cemas Psikologi kepada sebahagian staf dan pelajar BSMM UKM pada 9 November 2024 bertempat di Auditorium Pusat Kesatria UKM.
Dua orang penceramah pakar dalam bidang ini iaitu Puan Tengku Teh Mariah dari Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan dan Puan Nur Huda dari Hospital Serdang. Kedua-duanya merupakan Pegawai Psikologi.
Banyak pengetahuan dan aplikasi aktiviti berkaitan PFA didapatkan daripada kursus ini. Diharapkan staf PKU dan pelajar BSMM mendapat ilmu dan manfaat berkesan untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.