LATIHAN PERSEDIAAN MINGGU APRESIASI WATAN (MAW) UKM 2023/2024

Kakitangan PKU UKM yang juga merangkap Ahli Jawatankuasa Tertinggi Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UKM (BSMM CUKM) telah memberikan latihan persediaan kepada pemudahcara yang terdiri daripada pelajar-pelajar BSMM dari semua kolej kediaman pada 25-27 September 2023 bertempat di Bilik Mesyuarat PKU.
Latihan yang diberikan mencakupi teori dan praktikal mengenai peti pertolongan cemas, bantu mula pengurusan kes kecemasan, teori pemberian ubat-ubatan, balutan luka dan CPR. Bagi pihak Pengarah PKU selaku Pengerusi BSMM CUKM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat atas komiten padu yang telah diberikan.
Semoga pasukan BSMM CUKM dapat menempuh minggu MAW 2023/2024 dengan baik dan bersiap sedia.