Lawatan Dato’ Naib Canselor ke Unit X-Ray Pust Kesihatan Universiti UKM

Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman telah membuat lawatan ke Pusat Kesihatan Universiti (PKU) hari ini. Naib Canselor telah melawat ruangan bahagian X Ray yang sedang dalam proses penambahbaikan dengan peralatan baharu. Naib Canselor juga berkesempatan melawat ruangan yang akan dijadikan sebagai Unit Fisioterapi PKU dan turut menyantuni pesakit di Unit Hemodialisis Satelit UKM.Naib Canselor juga telah diberi penerangan ringkas mengenai pengoperasian dan hala tuju PKU oleh Pengarah PKU, Dr. Masdalina Azhari.Naib Canselor berharap agar Pusat Kesihatan Universiti dapat menambah baik perkhidmatan mereka dari semasa ke semasa agar manfaatnya dapat diperoleh warga UKM secara khasnya dan masyarakat luar secara amnya.
Turut hadir Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md. Jamil, Timbalan Naib Canselor Hal-ehwal Pelajar dan Alumni UKM, Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj Sadakkuthulla, Pendaftar dan En. Zolkefli Mohamed, Pengarah Jabatan Pembangunan Prasarana UKM.