LAWATAN PENANDA ARAS DARIPADA PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERAK

Pihak PKU UKM berbesar hati menerima kehadiran delegasi daripada PKU UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah pada 28 Mei 2024 yang diketuai oleh Dr Hidayu dan Dr Hafizan bersama pegawai dan staf pelaksana masing-masing.
Sesi perjumpaan dimulakan dengan pemakluman perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang disediakan di PKU UKM, disertakan dengan perkongsian amalan perkhidmatan di PKU UiTM cawangan Perak. Pelbagai input telah didapatkan sepanjang sesi perkongsian ini.
Semoga jalinan ukhwah terjalin erat seterusnya perkhidmatan kesihatan dan perubatan di kedua-dua PKU dapat ditingkatkan menjadi lebih baik.