Lawatan Pusat Kesihatan Universiti UKM Bangi Ke Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental Hospital Kajang
29 Januari 2020 (Rabu)
Pusat Kesihatan Universiti UKM Bangi yang diketuai oleh Dr. Mohd Azman Abas bersama Encik Shaiful Bakri Mohammad (Pegawai Kaunseling Hal Ehwal Pelajar UKM) serta kakitangan Pusat Kesihatan Universiti UKM Bangi telah mengadakan lawatan ke Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental Hospital Kajang. Lawatan ini disambut dengan penuh ramah oleh Pakar Psikiatri Dr. Arlina Nuruddin dan kakitangan nya.
Objektif utama lawatan ini adalah untuk memperkasa dan memantapkan perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental di Pusat Kesihatan Universiti UKM Bangi. Hasrat untuk menjadikan Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental Hospital Kajang sebagai rakan strategi juga dibincangkan. Dengan ini, kakitangan klinikal bakal memperoleh maklumat serta garis panduan terbaharu dalam perawatan psikiatri dan kesihatan mental. Bagi warga UKM Kampus Bangi pula, prosedur rawatan dan ubatan bakal diperoleh dengan lebih mudah, tepat dan berkesan.
Buat masa ini, warga UKM Kampus Bangi yang memerlukan rawatan pakar akan dirujuk ke Hospital Kajang dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).