Lawatan UCTC Bersama Orang Asli Pos Gob Ke Pusat Kesihatan Universiti
Pada 28 Jun 2019, UCTC dan Orang Asli Pos Gob telah melakukan lawatan ke Pusat Kesihatan Universiti. Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk memperkenalkan fungsi di Pusat Kesihatan Universiti secara umumnya. Dr Imran Basri. Pegawai Perubatan disini telah memberikan taklimat perkhidmatan disini. Selain daripada itu, beliau juga telah menerangkan akan betapa pentingnya kebersihan ketika menyediakan makanan. Dalam lawatan ini seramai 4 orang Orang Asli telah diberi suntikan thyphoid yang mana mereka ini terlibat dalam penyediaan makanan.
Sebahagian daripada kakitangan Pusat Kesihatan Universiti bersama Orang Asli
Dr. Imran Basri memberikan taklimat perkhidmatan dan kepentingan kebersihan ketika menyediakan makanan
Ybhg. Prof Datuk Dr. Rokiah Hj. Omar memberikan semangat dan nasihat kepada Orang Asli sebelum mereka bertolak pulang ke Pos Gob
Lawatan Ke Unit di Pusat Kesihatan Universiti