Nasihat Semasa Jerebu
- Kurangkan aktiviti atau elak daripada berada di luar pejabat / bangunan terutama sekali bayi, kanak-kanak, golongan warga emas dan pesakit paru-paru kronik (COAD / Asma).
- Pastikan kakitangan sentiasa peka dengan perkembangan masalah jerebu. Kenalpasti tugasan yang perlu dilakukan di luar bangunan. Pastikan kakitangan yang terlibat mengenakan penutup hidung dan mulut semasa bertugas serta minum banyak air kosong dan sentiasa membasuh tangan dan muka.
- Tangguhkan tugasan luar yang tidak mendesak, sehingga keadaan kembali normal.
- Pastikan semua pintu dan tingkap sentiasa ditutup agar habuk jerebu tidak masuk ke dalam bangunan.
- Pastikan alat penghawa dingin diselenggara dengan baik dan digunakan semasa musim jerebu. Alat yang tidak diselenggara dengan baik tidak dapat menapis partikel halus jerebu daripada masuk ke dalam bangunan/pejabat.
- Gunakan alat pembersih udara (air purifier) di dalam pejabat / rumah. Langkah ini dapat membantu mengurangkan kadar partikel pencemar dalam udara di tempat kerja.
- Pesakit yang mengalami masalah kulit seperti ekzema dan psoriasis perlulah sentiasa memastikan kulit terhindar dengan debu jerebu. Mencuci kulit setelah terdedah dengan jerebu adalah langkah yang terbaik.
- Penutup hidung dan mulut (mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal.
- Para perokok dinasihatkan untuk tidak merokok dan mengurangkan aktiviti diluar bangunan.
- Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk. Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
- Orang ramai juga diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol 1-800-88-2727.