PEMERIKSAAN KESIHATAN BERSAMA JABATAN KARDIOLOGI HCTM

Pusat Kesihatan Universiti mengambil bahagian melakukan pemeriksaan kesihatan asas seperti pemeriksaan BMI, tekanan darah, saringan gula dan kolesterol pada Hari Terbuka Jabatan Pendaftar yang berlangsung pada 3-4 Julai 2024.
Turut bersama adalah pemeriksaan ECG/ECHO dan konsultasi bersama pakar Kardiologi HCTM.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Pendaftar kerana berjaya mengadakan program yang sangat bermanfaat ini.