Penarafan 5 Bintang dalam “Healthy University Rating System (HURS) Tahun 2022” oleh ASEAN University Network – Health Promotion Network (AUN-HPN)

 

7 Julai 2023

Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman menerima sijil penghargaan khas kepada UKM bersempena penarafan 5 bintang dalam “Healthy University Rating System (HURS) Tahun 2022” oleh ASEAN University Network – Health Promotion Network (AUN-HPN).
Sijil khas ini telah disampaikan ketika mesyuarat 14th ASEAN University Network Rector Meeting yang diadakan di Kuala Lumpur. Naib Canselor telah menerima sijil dan plak khas ini daripada Prof Dr Chartchalerm, Chair of Committee on HURS Development, disaksikan oleh Dr Choltis Dhirathi, AUN Executive Director.
Naib Canselor mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada kecemerlangan bidang kesihatan di UKM sekaligus membolehkan kita menerima sijil dan penghargaan khas ini.
UKM merupakan satu-satunya universiti di Malaysia yang menerima penarafan ini bagi tahun 2022.
Syabas kepada UKM, Universiti Watan kita