Perasmian Klinik Pakar Diet Pusat Kesihatan Universiti UKM Bangi
17 Januari 2020 (Jumaat)
Majlis Perasmian Klnik Pakar Diet di Pusat Kesihatan Universiti UKM Bangi telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Prof. Dato’ Ir. Othman A Karim. Klinik Pakar Diet ini diwujudkan di Pusat Kesihatan Universiti UKM Bangi untuk membolehkan warga kampus Bangi mendapatkan kaunseling dan khidmat nasihat daripada Dietetik yang bertauliah dari Fakulti Sains Kesihatan UKM.
Antara tetamu yang hadir di dalam majlis perasmian ini adalah Yg Berbahagia Prof. Dr. Suzana Sahar, Dekan Fakulti Sains Kesihatan UKM, Yg. Berbahagia Prof. Madya Dr. Roslee Rajikan, Ketua Program Dietetik FSK UKM, Yg. Berbahagia Dr. Mohd Azman Abas, Ketua Pusat Kesihatan Universiti UKM Bangi serta Yg. Berbahagia Dr. Masdalina Azhari, Ketua Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan Universiti UKM Bangi.
Di Klinik Pakar Diet ini warga UKM akan dirujuk oleh Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan bagi pesakit mendapatkan khidmat nasihat dan kaunseling tentang pemakanan yang bersesuaian dengan tahap kesihatan mereka. Selain itu pesakit yang mempunyai penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis akan dirujuk untuk kaunseling dan aturan pemakanan yang bersesuaian dengan penyakit dan pengambilan ubat.