Program Gotong Royong Bukit Puteri UKM
Pusat Kesihatan Universiti UKM dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran & Kemudahan Jabatan Pendaftar, Persatuan Penduduk Bukit Puteri UKM serta warga UKM mengadakan program gotong-royong Bukit Puteri.
Tujuan program ini adalah sebagai aktiviti khidmat masyarakat untuk membersihkan, menceriakan kawasan perumahan serta memusnahkan tempat-tempat berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Oleh kerana perumahan Bukit Puteri ini berada di dalam kawasan kampus dan semua penduduk adalah merupakan kakitangan UKM,maka menjadi tanggungjawab sosial PKU untuk mengadakan program ini demi kesejahteraan warga UKM.
PKU mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
PKU UKM 19 OGOS 2023