PROGRAM KESEDARAN HIV/AIDS DAN MPOX

PKU/ Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UKM (BSMM UKM) dengan kerjasama PKD Hulu Langat, NGO Insaf Murni, Pertubuhan Kebajikan, Kesihatan Umum Malaysia (PKKUM) dan Majlis Aids Malaysia telah mengadakan program ini pada 27 Oktober 2024 bertempat di Dewan Konvensyen Kolej Keris Mas UKM.
Penyertaan terdiri daripada pelajar UKM dan rakan daripada Rumah Sahabat Batu 14 Hulu Langat. Banyak aktiviti disediakan seperti ceramah HIV/AIDS dan MPox, pameran, pertandingan karaoke dan kuiz.
Pihak PKU/BSMM UKM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.