Program Mobiliti Pelajar 2019

Bermula 6 hingga 28 Julai 2019, UKM Global telah bekerjasama dengan Pusat Kesihatan Universiti dalam Program Mobiliti Pelajar 2019. Pusat Kesihatan Universiti menawarkan kemahiran rawatan perubatan kepada peserta dari Australia, Mexico dan Hong Kong. Seramai 4 orang paramedik Pusat Kesihatan Universiti terlibat dalam menyediakan perkhidmatan  rawatan perubatan kepada peserta program.

Pada tahun ini, UKM Global membawa peserta ini untuk mengenali keindahan dan budaya negara Malaysia. Mereka dibawa ke Kampung Orang Asli Ampang Woh di Perak, Kuala Krau di Temerloh, Pahang, Taman Negara dan Pulau Langkawi. Pelbagai aktiviti diadakan bagi memperkenalkan budaya Malaysia kepada peserta ini.