Projek ‘Aedes Buster’ Kampus UKM
PKU telah mewujudkan Projek Aedes Buster di Kampus UKM. Projek ini adalah sebagai satu usaha berterusan untuk memantapkan usaha pengawalan dan pencegahan penyakit demam denggi di dalam kampus.
Pelajar dan staf UKM hanya perlu scan QR code dan melaporkan tempat-tempat yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes seterusnya tindakan pantas dapat diambil oleh staf Unit Kesihatan Awam PKU.
Pihak PKU mengharapkan kerjasama dari semua warga UKM untuk sama-sama membantu mengawal pembiakan nyamuk Aedes di dalam kampus.
#noaedesnodenggi
#denggimembunuh
29 Ogos 2023