SAMBUTAN KARNIVAL JOM SIHAT PERINGKAT UKM 2024

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil telah hadir ke Karnival Jom Sihat UKM 2024 di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh pada awal pagi tadi.
Program yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada komuniti masyarakat setempat ini telah dirasmikan oleh Dr. Wan Nooraini Wan Mohd Noor, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
Pelbagai program menarik telah diadakan antaranya kempen kesedaran kanser bagi kaum wanita, derma darah, penilaian kesihatan percuma dan demonstrasi CPR.
Tahniah dan setinggi penghargaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan karnival ini.
Diharapkan agar program-program yang memberi manfaat seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang supaya kesejahteraan komuniti dan universiti dapat diperluas.