STAF PKU MENJALANI LATIHAN BERSIJIL BASIC LIFE SUPPORT (BLS)

Seramai 5 orang staf PKU telah menjalani latihan bersijil BLS pada 22 April 2024 di Unit Kecemasan HCTM. Alhamdulillah kesemua mereka telah lulus.
Semoga staf PKU akan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pertolongan cemas demi memberikan perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang terbaik di UKM.