TAKLIMAT KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN DI KAFETERIA DALAM KAMPUS UKM

Unit Kesihatan Awam PKU UKM telah menganjurkan sesi taklimat ini pada 12 November 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat PKU. Taklimat pada sesi ini diberikan kepada pengusaha kafeteria dari Kolej Ibrahim Yaakub, Kolej Burhanuddin Helmi dan Kolej Ungku Omar. Turut hadir adalah staf pentadbiran kolej terlibat.
Taklimat ini diberikan untuk memberikan panduan kepada pemilik kafeteria mengenai tatacara pengendalian keselamatan, kebersihan dan kesihatan kafeteria supaya kualiti makanan sentiasa terjamin dan mengelakkan penyakit berkaitan makanan.
PKU juga mengedarkan 2 buah poster kepada pemilik kafeteria untuk dipaparkan sebagai panduan bersama.
Sesi berikutnya akan diberikan kepada pemilik kafeteria dari kolej seterusnya.