TAKLIMAT TATACARA PEMERIKSAAN KEBERSIHAN PREMIS MAKANAN DI KOLEJ KEDIAMAN KAMPUS UKM

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran daripada Unit Kesihatan Awam PKU, En Mohd Fitri b Che Omar telah dijemput memberikan taklimat ini kepada kakitangan Pusat Perumahan Pelajar dan kakitangan pengurusan kolej-kolej kediaman pada 24 Julai 2024 bertempat di Auditorium Pusanika.
Satu lawatan ke premis makanan di Kolej Ungku Omar turut dilakukan selepas sesi taklimat diberikan.
PKU mengharapkan kerjasama pihak pengurusan kolej kediaman untuk bersama-sama memantau kebersihan dan keselamatan penyediaan makanan di kafeteria-kafeteria di dalam kampus agar mematuhi standard piawaian penyediaan makanan.