UKM mencapai kecemerlangan dalam penarafan Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2024

UKM berjaya melonjakkan kedudukannya 201-300 universiti terbaik dunia meningkat dua sela berbanding kedudukan 401-600 pada tahun 2023.Penarafan THE Impact Rankings ini adalah membabitkan penilaian pencapaian universiti global terhadap 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).
Enam daripada 17 SDG yang disertai oleh UKM berada dalam kelompok 100 terbaik dunia iaitu SDG3 (#27), SDG6 (#46), SDG12 (#55), SDG7 (#62), SDG14 (#77) dan SDG1 (#97). 8 SDG berada pada kedudukan 101-200, 2 SDG pada kedudukan 201-300 sementara 1 SDG pada kedudukan 401-600.
Pencapaian UKM dalam pengiktirafan antarabangsa adalah hasil komitmen dan kesungguhan yang tinggi warga UKM dalam melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan lestari dalam kampus serta sokongan berterusan semua lapisan warga kampus dalam mengadaptasikan budaya kecemerlangan, kemampanan dan integriti di UKM.
Tahniah UKM!

Alhamdulillah SDG3 beroleh peningkatan penarafan ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan program/aktiviti serta penyediaan pelaporan.