WEBINAR KEMPEN JOM DERMA ORGAN

Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang UKM (BSMM CUKM) dan Pusat Kesihatan Universiti telah mengadakan webinar Kempen Jom Derma Organ sempena projek Varsity P.U.L.S.E (Pledge for The Urgent Life-Saving Effort) yang merupakan anjuran Malaysian Society of Transplantation dengan kerjasama Pusat Sumber Transplant Nasional dan KPT pada 2 November 2024 secara online MS Teams.
Seramai lebih kurang 400 peserta dari kalangan pelajar, staf dan orang awam menyertai webinar ini.
Webinar diberikan oleh Dr Mohd Iqbal Abd Hafiz, seorang pakar buah pinggang dari Hospital Al Sultan Abdullah UiTM.
Objektif kempen ini adalah:
1. Untuk meningkatkan kesedaran pendermaan organ dalam kalangan generasi muda di Malaysia.
2. Memperjelaskan segala mitor tidak benar berkaitan pendermaan organ.
3. Meningkatkan jumlah pengikrar penderma organ.
Semoga kempen kesedaran ini memberi manfaat dan pengetahuan yang berkesan kepada semua.
*Cara Mendaftar Pengikrar Organ*🫀🧠🧬
1️⃣📲 Daftar MySejahtera
– klik derma organ/organ donor pledge
– ⁠lengkapkan maklumat yang diperlukan
– ⁠klik butang hantar setelah selesai
– ⁠terima pengesahan ikrar berjaya
– ⁠semak sijil pengikrar derma organ digital di ruang profil
Info Pendermaan Organ & Tisu di Malaysia🧠🫀🫁