Permohonan Lindungan Perubatan (Agensi Luar)
Panduan permohonan ini adalah untuk Agensi Luar sahaja.
1. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dalam borang disini.
2. Lampirkan jadual penuh program beserta dengan borang ini.
3. Emelkan kepada pghpku@ukm.edu.my selewat-lewatnya 14 hari sebelum tarikh program.
4. Pusat Kesihatan Universiti akan memberi maklumbalas permohonan dalam tempoh 7 hari dari tarikh
penerimaan borang.
5. PKU akan mengeluarkan sebut harga rasmi jika permohonan berjaya. Permohonan yang tidak berjaya
akan dimaklumkan melalui emel.
6. Permohonan akan disahkan jika bayaran penuh dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh sebut harga.
7. PKU berhak meminda keputusan permohonan jika keperluan perkhidmatan lindungan perubatan
bertembung dengan aktiviti rasmi UKM.
Bagi permohonan dalaman sila hubungi talian 03-89213198 untuk maklumat lanjut.