Bengkel Pusat Siswazah UKM Siri 33/2017: Model Kajian Membentuk Tesis yang Berkualiti
Kenapa Bengkel Ini Penting:
Berdasarkan pengalaman dalam mengkaji isu-isu sosial dan organisasi, kebanyakan penyelidik perlu meluangkan masa lebih kurang 35-40 peratus daripada tempoh program sarjana secara penyelidikan atau/dan PhD bagi membina sebuah model kajian yang dapat menggambarkan pengetahuan baharu. Bengkel ini adalah amat penting untuk menunjuk jalan kepada penyelidik bagi menggunakan teknik/prosedur yang mudah dan praktikal bagi menyediakan: (a) tajuk, permasalahan kajian dan justifikasi menyelidik permasalahan kajian; (b) menggunakan model kajian bagi menyediakan arah tuju kajian yang jelas dan tepat; (c) menggunakan model bagi menyediakan kaedah dan prosedur mengumpul data yang teratur; (d) menggunakan model bagi menyediakan kaedah dan prosedur untuk menentukan kualiti instrumen (alat) kajian; dan (e) menggunakan model bagi menyediakan kaedah dan prosedur untuk menguji hipotesis dan model kajian.
Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh : 23 November 2017 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
(Pendaftaran: 8.30 pagi – 9.00 pagi)
Tempat : Bilik Latihan, Pusat Siswazah UKM, UKM Bangi
Yuran : RM 80.00 Warga UKM
RM 120.00 Luar UKM
Pengajar : Prof. Madya Dr. Azman Ismail
Untuk maklumat biodata penceramah, sinopsis dan pendaftran, sila klik
DI SINI
Sila hubungi Encik Mohd Hafiz di talian 03-8921 5162 atau email mohdhafiz[at]ukm.edu.my untuk maklumat lanjut.
Sila layari laman facebook Pusat Siswazah untuk mengetahui aktiviti terbaru. https://www.facebook.com/pusatsiswazahukm