Bengkel Pusat Siswazah UKM Siri 38/2017: Pengurusan Tesis Berkesan Menggunakan MS Word: Templat Gaya UKM
Para Pelajar Pascasiswazah Yang Dihormati,
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pusat Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Bengkel Pusat Siswazah UKM Siri 38/2017: Pengurusan Tesis Berkesan Menggunakan MS Word: Templat Gaya UKM.
Pendaftaran atas talian boleh dibuat di
SINI
Bengkel ini terhad kepada 30 orang peserta terawal sahaja.
Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh | : | 28 November 2017 (Selasa) |
Masa | : | 8.30 pagi – 5.00 petang (Pendaftaran: 8.30 pagi – 9.00 pagi) |
Tempat | : | Bilik Latihan, Pusat Siswazah UKM, UKM Bangi |
Yuran | : | RM 50.00 (Warga UKM sahaja) |
Pengajar | : | Cik Kamarul ‘Asyikin Mustafa |
Sila hubungi Encik Mohd Hafiz di talian 03-8921 5162 atau email mohdhafiz[at]ukm.edu.my untuk maklumat lanjut.
Sila layari laman facebook Pusat Siswazah untuk mengetahui aktiviti terbaru. https://www.facebook.com/pusatsiswazahukm
Pengurusan Tesis Berkesan Menggunakan MS Word: Templat Gaya UKM
Mempelajari cara menggunakan MS Word Templat Gaya UKM: memasukkan imej dan carta, menyusun nombor halaman dengan format yang betul, menjana daftar kandungan, senarai rajah, senarai singkatan dan lain-lain. Format asas yang perlu anda patuhi berdasarkan format tesis Gaya UKM akan dipelajari di dalam bengkel ini.
Hasil bengkel:
- Dapat menguruskan penulisan anda dengan betul untuk tesis yang sempurna.
- Menggunakan embedded tools di dalam MS Word untuk menguruskan isi kandungan, rajah, jadual, dan singkatan secara sistematik.
Siapa yang patut hadir?
- Pelajar yang mahu menulis tesis mereka dengan cara yang berkesan menggunakan MS Word
Pra-syarat:
- Pengetahuan asas MS Word: penetapan perenggan, baris, memasukkan jadual / rajah, penetapan susun atur halaman
Apa yang akan anda pelajari?
- Memasukkan template Gaya UKM ke dokumen kosong atau tesis sedia ada.
- Menggunakan templat Gaya UKM yang tersedia
- Menggunakan alatan yang terkandung di dalam MS Word untuk membina pisah bahagian, keterangan, rujuk silang dan nombor halaman
- Menjana daftar kandungan secara automatik
- Menjana senarai lampiran / rajah / jadual / singkatan secara automatik