Bengkel Pusat Siswazah UKM Siri 4/2018: Pengurusan Tesis Berkesan Menggunakan MS Word: Templat Gaya UKM

 

 

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pusat Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Bengkel Pusat Siswazah UKM Siri 4/2018: Pengurusan Tesis Berkesan Menggunakan MS Word: Templat Gaya UKM.

Pendaftaran atas talian boleh dibuat di

SINI

Bengkel ini dibuka kepada 50 peserta sahaja. Untuk menjamin tempat anda, anda dinasihatkan untuk membuat pembayaran (termasuk makanan, sijil dan bahan) secepat mungkin selepas mendaftar dalam google form ini kerana pengesahan tempat hanya kepada yang telah membuat pembayaran dahulu.

Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 8 Februari 2018 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
(Pendaftaran: 8.30 pagi – 9.00 pagi)
Tempat : Bilik Latihan, Pusat Siswazah UKM, UKM Bangi
Yuran : RM 50.00 (Warga UKM sahaja)
Pengajar : Puan Mazleha Maskin

 

Sila hubungi Encik Mohd Hafiz di talian 03-8921 5162 atau email mohdhafiz[at]ukm.edu.my untuk maklumat lanjut.

Terima kasih dan kami berharap dapat bertemu dengan anda. Sila lawati Facebook kami yang sentiasa bersemangat dan dikemaskini untuk lebih banyak acara menarik di https://www.facebook.com/pusatsiswazahukm

Pengurusan Tesis Berkesan Menggunakan MS Word: Templat Gaya UKM

Mempelajari cara menggunakan MS Word Templat Gaya UKM: memasukkan imej dan carta, menyusun nombor halaman dengan format yang betul, menjana daftar kandungan, senarai rajah, senarai singkatan dan lain-lain. Format asas yang perlu anda patuhi berdasarkan format tesis Gaya UKM akan dipelajari di dalam bengkel ini.

Hasil bengkel:

  • Dapat menguruskan penulisan anda dengan betul untuk tesis yang sempurna.
  • Menggunakan embedded tools di dalam MS Word untuk menguruskan isi kandungan, rajah, jadual, dan singkatan secara sistematik.

Siapa yang patut hadir?

  • Pelajar yang mahu menulis tesis mereka dengan cara yang berkesan menggunakan MS Word

Pra-syarat:

  • Pengetahuan asas MS Word: penetapan perenggan, baris, memasukkan jadual / rajah, penetapan susun atur halaman

Apa yang akan anda pelajari?

Memasukkan template Gaya UKM ke dokumen kosong atau tesis sedia ada.

  • Menggunakan templat Gaya UKM yang tersedia
  • Menggunakan alatan yang terkandung di dalam MS Word untuk membina pisah bahagian, keterangan, rujuk silang dan nombor halaman
  • Menjana daftar kandungan secara automatik
  • Menjana senarai lampiran / rajah / jadual / singkatan secara automatik

 

Masa

Butiran

8.30 – 9.00 a.m.

Sarapan dan pendaftaran di foyer Pusat Siswazah UKM

9.00 – 11.00 a.m.

Sesi 1: Pengurusan Tesis Berkesan Menggunakan MS Word: Templat Gaya UKM

11.00 – 1.00 p.m.

Sesi 2: Pengurusan Tesis Berkesan Menggunakan MS Word: Templat Gaya UKM

1.00 – 2.30 p.m.

Makan tengah hari & Solat

2.30 – 4.15 p.m.

Sesi 3: Pengurusan Tesis Berkesan Menggunakan MS Word: Templat Gaya UKM

4.15 – 4.30 p.m.

Sesi 5: Soal jawap

4.30 – 5.00 p.m.

Minum petang dan bersurai