Tuntas Bicara (Pitching) Promosi Pengajian Program Siswazah di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina serta Taklimat MyBrain 2015

MyBrain15 FKAB

Taklimat Penajaan MyBrain15

Jemputan Ke Tuntas Bicara (Pitching) Promosi Pengajian Program Siswazah di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Serta Taklimat MyBrain 2015

Pusat Siswazah UKM berbesar hati ingin menjemput pelajar siswazah dan pelajar pra-siswazah tahun 2, 3 dan 4 untuk menghadiri promosi pengajian siswazah dan taklimat penajaan MyBrain15 yang dianjurkan oleh Pusat Siswazah UKM dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. Taklimat akan disampaikan oleh wakil Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program MyBrain15 merupakan satu program pembiayaan pengajian di peringkat pasca ijazah dan merupakan salah satu projek agenda kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Matlamat program ini adalah untuk mewujudkan sumber manusia yang berpengetahuan tinggi sebagai pemangkin kepada penyelidikan, inovasi dan pembangunan negara. Diantara penajaan Program MyBrain15 adalah MyMaster, MyPhD dan MyPhD Industri. (https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrain15)

Untuk pendaftaran, klik

DI SINI

Terima kasih

Butiran promosi dan taklimat adalah seperti berikut:

ATUR CARA
Tuntas Bicara (Pitching) Promosi Pengajian Program Siswazah di
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina serta Taklimat MyBrain 2015
27 Mei 2015 (Rabu)

02.15 petang Ketibaan Jemputan
02.30 petang Ucapan Alu-aluan Timbalan Pengarah, Pusat Siswazah UKM
YBhg. Prof. Dr. Ishak Ahmad
02.35 petang Tuntas Bicara (Pitching) : Ketua Program Siswazah, FKAB, UKM
YBhg. Prof. Madya Dr. Siti Masrinda Tasirin
02.45 petang Tuntas Bicara (Pitching) :Wakil, Pengarah IMEN, UKM
YBhg. Prof. Dr. Muhammad Mat Salleh
2.50 petang Tuntas Bicara (Pitching) : Penyelaras Program Siswazah SEL FUEL, UKM
YBhg. Dr. Mahendra Rao Somalu
02.55 petang Tuntas Bicara (Pitching) : Timbalan Pengarah SERI, UKM
YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Hafidz Haji Ruslan
03.00 petang Taklimat MyBrain 2015 oleh wakil KPM
04.00 petang Sesi Soal Jawab
04.30 petang Program Bersurai