Tuntas Bicara (Pitching) dan Promosi Pengajian Program Siswazah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan serta Taklimat MyBrain 2015

MyBrain15 FSSK
Taklimat Penajaan MyBrain15

 Jemputan Ke Tuntas Bicara (Pitching) Promosi Pengajian Program Siswazah di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Serta Taklimat MyBrain 2015

 Pusat Siswazah UKM berbesar hati ingin menjemput pelajar siswazah dan pelajar pra-siswazah tahun 2, 3 dan 4 untuk menghadiri promosi pengajian siswazah dan taklimat penajaan MyBrain15 yang dianjurkan oleh Pusat Siswazah UKM dengan kerjasama Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Taklimat akan disampaikan oleh wakil Kementerian Pendidikan Malaysia.

 Program MyBrain15 merupakan satu program pembiayaan pengajian di peringkat pasca ijazah dan merupakan salah satu projek agenda kritikal di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Matlamat program ini adalah untuk mewujudkan sumber manusia yang berpengetahuan tinggi sebagai pemangkin kepada penyelidikan, inovasi dan pembangunan negara. Diantara penajaan Program MyBrain15 adalah MyMaster, MyPhD dan MyPhD Industri. (https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrain15)

 Untuk pendaftaran, klik

DI SINI

 Terima kasih

 Butiran promosi dan taklimat adalah seperti berikut:

 ATUR CARA
Tuntas Bicara (Pitching) dan Promosi Pengajian Program Siswazah di
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan serta Taklimat MyBrain 2015
02 Jun 2015 (Selasa)

09.30 pagi Ketibaan Jemputan
09.35 pagi Ucapan Alu-aluan Timbalan Pengarah, Pusat Siswazah, UKM
YBhg. Prof. Dr. Ishak Ahmad
09.45 pagi Tuntas Bicara (Pitching) : Timbalan Dekan FSSK, UKM
YBhg. Prof. Dr. Mohd Fuad Mat Jali
10.00 pagi Tuntas Bicara (Pitching) :Timbalan Pengarah KITA, UKM
YBhg. Prof. Madya Dr. Kartini Aboo Talib Khalid
10.05 pagi Tuntas Bicara (Pitching) : Pengarah IKMAS, UKM
YBhg. Prof. Dr. Rashila Hj. Ramli
10.10 pagi Taklimat MyBrain 2015 oleh wakil KPM
11.30 pagi Sesi Soal Jawab
12.00 tengahari Program Bersurai