Siri Syarahan Umum Pusat Siswazah UKM 9/2015: Bagaimana menjadi seorang pelajar pasca siswazah yang cemerlang?

Bagaimana menjadi seorang pelajarpasca siswazah yang cemerlang

Pusat Siswazah akan menganjurkan syarahan umum yang bertajuk “Bagaimana menjadi pelajar pasca siswazah yang cemerlang?” yang akan disampaikan oleh YBhg. Profesor Ir. Dr Ahmad Kamal Ariffin

Syarahan tersebut yang akan diadakan pada:

TARIKH: 9Jun 2015 (Selasa)
TEMPAT: Dewan Kuliah Utama, Pusat Siswazah UKM
MASA: 2.30-5.00 petang
TERBUKA kepada semua Pelajar Pasca Siswazah secara percuma

Untuk PENDAFTARAN, sila klik di pautan: Borang Pendaftaran


SINOPSIS

Tujuan syarahan umum ini adalah untuk berkongsi pengalaman bagaimana menjadi seorang pelajar pasca siswazah yang cemerlang. Apakah niat, ciri dan persiapan yang sepatutnya dimiliki oleh pelajar pasca siswazah?

Bagaimana menghadapi semua cabaran?

Mengapa dan ke mana arah seorang pelajar pasca siswazah?


BIODATA

Ahmad Kamal Ariffin adalah Profesor di Jabatan Kejuruteraan Mekanik dan Bahan Kejuruteraan, UKM. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari UKM pada tahun 1990. Beliau kemudian bekerja sebagai seorang jurutera sebelum menyertai Jabatan Mekanikal dan Bahan Kejuruteraan, UKM dan meneruskan pengajiannya pada tahun 1992. Akhir tahun 1995, beliau memperoleh PhD dari University of Wales, Swansea di bawah Jabatan Kejuruteraan Mekanik dan Institute of Numerical Methods in Engineering. Ahmad Kamal Ariffin mengajar Mekanik Bahan, Kaedah Pengkomputeran dalam Kejuruteraan dan Kaedah Unsur Terhingga.

Kepakaran beliau adalah dalam kaedah pengiraan dalam bidang kejuruteraan di bawah bidang mekanik serbuk, mekanik patah, geseran, kakisan, unsur terhingga / unsur diskret dan pengiraan selari. Beliau adalah Fellow Institut Bahan Malaysia, pengasas Persatuan Mekanik Komputasi dan juga ahli Persatuan Antarabangsa Mekanik Pengkomputeran (IACM).