SYARAHAN UMUM PUSAT SISWAZAH UKM SIRI KE 16/2016: Hubungan Supervisi dan Supervisor: Mencari Barakah Dalam Perjalanan Menulis Tesis

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pusat Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Syarahan Umum Pusat Siswazah UKM Siri 16/2016: Hubungan Supervisi dan Supervisor: Mencari Barakah Dalam Perjalanan Menulis Tesisyang akan disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Fariza Md Sham, Pensyarah Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

Sila hubungi Puan Hazriati di talian 03-8921 3100 atau emailhazriati@ukm.edu.my untuk maklumat lanjut.

Untuk pendaftaran sila klik DISINI

Butiran program seperti berikut:-

Tarikh : 27 September 2016 (Selasa)

Masa   : 9.00 pagi – 12.00 tengahari

Tempat: Dewan Kuliah Utama, Pusat Siswazah UKM

Bayaran: Kemasukan Percuma

Jadual Program:

Masa Butiran
9.00 pagi – 9.30 pagi Pendaftaran di lobi Pusat Siswazah UKM
9.30 pagi Ucapan alu-aluan oleh

Pengarah Pusat Siswazah, UKM

9.45 pagi – 11.30 pagi Syarahan Umum oleh Prof. Madya Dr. Fariza Md Sham
11.30 pagi – 12.00 tengahari Sesi Soal Jawab
12.00 tengahari – 12.30 tengahari Jamuan ringan

unnamed

BIODATA PROF. MADYA DR. FARIZA MD SHAM

Fariza Md Sham adalah Prof Madya dan Pensyarah di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam UKM. Menerima pendidikan,iaitu Bachelor (Hons) in Islamic Studies (Dakwah & Leadership), UKM 1994. Master in Islamic Studies (Dakwah & Leadership), UKM 1997 dan PhD in Islamic Studies, University of Malaya, 2005.

Beliau juga sebagai Felo Kanan Bersekutu Institut Islam Hadhari UKM dan Felo Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UKM. Kini menyandang tugas pentadbiran di UKM sebagai Timbalan Pengarah Eksekutif 2, Pusat Strategi UKM.Bidang kepakaran  adalah bidang Pengajian Islam (Pengajian Dakwah dan Kepimpinan) secara umum. Manakala secara khususnya dalam bidang Psikologi Dakwah Remaja dan Psikologi Islam. Manakala dalam bidang penyelidikan meliputi hal-hal yang berkaitan dengan dakwah, ,psikologi remaja dari perspektif psikologi Islam, psikoterapi Islam, kaunseling Islam/Syarie dan spiritual. Penyeliaan pula terlibat dalam 5 kategori penyeliaan iaitu penyeliaan pelajar siswazah(Sarjana-21 orang dan PhD- 15 orang), penyeliaan Latihan Ilmiah Tahun 3 (2009-2014 -40 orang ), penyeliaan Latihan Industri, Latihan Praktikal Dakwah(LAD), Penyeliaan Pelajar Keusahawanan-CESMED,UKM.Dalam penyelidikan, mengetuai 8 projek penyelidikan dan 40  projek penyelidik bersama termasuk satu projek penyelidikan dana antarabangsa.Penyelidikan dalam bidang diiktiraf apabila telah dianugerahkan 18 Anugerah Penyelidikan peringkat kebangsaan, Universiti dan Fakulti. 2 kali Anugerah Pengajar Cemerlang Rumpun Sains Sosial(Kategori Utama) 2001 dan 2011, Anugerah Pengajar Cemerlang Fakulti 2011,2012 dan 2013. 2 orang pelajar PhD telah berjaya menerima Anugerah Kertas Kerja  Terbaik dalam International Postgraduate Colloqium for Islamic Studies 2012. Out put dari penyelidikan telah berjaya menghasilkan lebih kurang 50 artikel  jurnal dalam dan luar Negara, 10 buah buku( 6 karya asli dan 4 suntingan), 33 artikel prosiding, 57 pembentangan dalam persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Satu artikel jurnal berkaitan psikologi remaja telah berjaya diterbit dalam Jurnal ISI Q3 iaitu Journal of Religion & Health, Impact Factor 1.019.

SINOPSIS

Antara perkara yang menjadi kegusaran individu yang ingin menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dan PhD ialah mendapatkan supervisor yang berkualiti, mempunyai dana penyelidikan, baik, berpengalaman serta mempunyai kepakaran dalam bidang yang ingin dikaji. Manakala, bagi supervisor pula, yang menjadi kebimbangan ialah sekiranya mendapat pelajar yang kurang komitmen, tidak fokus dan tiada pengalaman langsung dalam penyelidikan dan penulisan ilmiah. Dua pertembungan rasa dalam hipotesis awal terhadap supervisi dan supervisor kadang-kadang mewujudkan satu dilemma kedua-dua belah pihak dalam menjayakan hubungan awal dalam pengkajian ilmiah untuk penulisan tesis. Kesannya timbul persepsi yang kurang tepat pada peringkat awal dalam hubungan antara keduanya. Oleh itu, dalam merungkai persoalan ini, perlunya penerokaan dan pemahaman antara supervisidan supervisor tentang pentingnya membina rappo dan hubunganyang baik antara kedua belah pihak agar proses penyelidikan dan penulisan tesis berjalan lancar, menepati milestone yang ditetapkan seterusnya mendapat barakah Allah dalam menyiapkan tesis. Merujuk kepada teori dan konsep yang dibawa oleh Said Hawwa dalam bukunya yang bertajuk al-Mustakhlash  fi Tazkiyah al-Nafstentang  adab murid dan guru, terdapat 10 perkara yang perlu dipraktikkan oleh murid dan guru agar proses pencarian ilmu antara keduanya mendapat barakah seterusnya membawa kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Di samping itu, perkongsian ilmu dan pengalaman selama 20 tahun dalam penyeliaan tesis pelajar dan suka duka dalam membina hubungan antara supervisi dan supervisor akan turut dicurahkan untuk panduan, tips, iktibar danpenyuluh kepada pelajar dalam proses menyiapkan penyelidikan tesis, terutama dari aspek memahami konsep GRA, output research, penulisan artikel bersama penyelia dan Dasar Harta Intelek UKM. Semoga dengan pemahaman tentang beberapa perkara yang menjadi keliru dalam hubungan supervisi dan supervisor berjaya dirungkai sehingga membawa barakah kepada kehidupan seterusnya setelah berjaya.