Centre for Academic Management Cluster 2

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Anugerah Emas 2022

Sukacita dimaklumkan bahawa proses pencalonan Anugerah Emas 2022 mula dibuka pada 10 Mei 2022 sehingga 4 Ogos 2022. Fakulti/Institut dengan ini dijemput untuk menghebahkan pembukaan pencalonan bagi anugerah yang tersebut kepada semua kakitangan akademik dan seterusnya kepada para pelajar pascasiswazah yang akan bergraduat pada November 2022.

Pelajar pascasiswazah yang berminat boleh mengemukakan borang permohonan ke sekretariat siswazah fakulti/institut masing-masing. Sesi pemilihan akan dijalankan oleh sekretariat siswazah di Fakulti /Institut dan dijadualkan pada 5 Ogos hingga 12 Ogos 2022.

Kategori Anugerah Emas:

KetegoriBidang Sains, Teknologi dan KesihatanBidang Sains SosialJumlah Pemenang*
Anugerah Emas KedoktoranSeorang pemenangSeorang pemenangDua (2) orang
Anugerah Emas SarjanaSeorang pemenangSeorang pemenangDua (2) orang

Dokumen penting untuk rujukan adalah:

  1. Garis Panduan Anugerah Emas
  2. Carta Alir Anugerah Emas
  3. Borang Pencalonan Anugerah Emas
*Tertakluk kepada terma dan syarat

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
awardsandscholarship@ukm.edu.my

Urus Setia Anugerah Emas Kedoktoran dan Sarjana
Pejabat Pengarah Pusat Siswazah
Aras 3, Bangunan Tun Fatimah Hashim
Universiti Kebangsaan Malaysia